Media Room

Newsroom Education

Media Title : Berita Harian
Date : 02-May-2008
Section : Pendidikan
Page : 27
Headline : Yayasan Hong Leong terus salur bantuan

Yayasan Hong Leong terus salur bantuan

SERAMAI 52 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Datuk Haji Abdul Kadir Seberang Prai Utara menerima sumbangan Yayasan Kumpulan Hong Leong sejak dilancarkan empat lahun lalu.

Terbaru, 13 pelajar Tingkatan Tiga dan Lima sekolah itu menerima sumbangan RM50 sebulan setiap seorang bagi tempoh setahun untuk membiayai kelas tuisyen sebagai persediaan monduduki pcperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Yayasan Hong Leong Wilayah Utara, Chuah Ean Hean, berkata sebahagian besar penerinia daripada keluarga miskin.

"Yayasan berharap lajaan ini dapat meningkatkan pencapaian pelajar tcrbabit," katanya selepas majlis penyerahan dana berjumlah RM5,200 kepada pengetua sekolah berkenaan, Salehah Ghazali di Kepala Batas, baru-baru ini. Selain SMK Datuk Haji Abdul Kadir yayasan turnt menyumbangkan dana kepada SMK Seberang Perak, Alor Star dan SM Jenis Kebangsaan Chung Ling, Butterworth.

Yayasan itu akan meneruskan program di sekolah herkenaan sebagai tanggungjawab sosial bagi meningkatkan pelajaran anak keluarga miskin, khususnya diluar bandar. Chuah berkata, yayasan memperuntukkan RM1 juta setahun bagi membantu golongan kurang upaya dan miskin di bawah program masyarakat penyayang.

 

 

Search - ZOO
Search - Categories
Search - Contacts
Search - Content
Search - News Feeds
Search - Tags
Connect with Us